Monday, May 21, 2012

Innallaha ma'assabirin :)

Assalamualaikum .

Finally , i have the courage to write for this enrtry .alhamdulillah .
Take note : sebelum ni ,aku terlampau liat nak menulis ,but then it feels like i have to do something because this really precious moment should be remembered :)

Nak mula kat mana pon aku taktahu sebenarnya ni . Bismillahirrahmanirrahim .

Salam 1 Rejab semua . pejam celik ,pejam celik ,dah masuk 1 Rejab . maknanya ,lagi dua bulan ,semua umat Islam bakal bertemu dengan Ramadhan yang mulia .waa !!! . rasa macam tahun ni cepat je masa berlalu . tapi dua bulan tu bukannya lama pun so rasanya kita semua dah boleh membuat persiapan . ehem ehem ,bukan persiapan nak raya  seperti cth baju raya mahupun langsir raya hatta perabut raya .tetapi persiapan di sini adalah persiapan untuk menyambut tetamu Ramadhan yang bakal tiba ni . ibarat tuan rumah ,kita mesti membuat persiapan secukupnya . supaya dapat kita memperoleh barakah dari tetamu kita tu .
 [ mood ramadhan tiba-tiba ] sori terlampau eksaited .hihi.

okay . result mara dah kuar for spm leavers yg apply mara for medic and dentist kat middle east . dan aku bukanlah dalam kalangan yang terpilih tu .hihi . perasaan sekarang ? sedih ? kecewa ? terkilan ?
Haha . alhamdulillah ,aku tidaklah merasakan sesuatu yang terlampau berat sewaktu menerima khabar ini .
actually mara dah umumkan sebelum ni sape yang dapat tu . part paling sedih , bila rakan- rakan aku semua tak dapat .rasa macam ya allah , takde sorang ke wakil batch aku nak pegi timur tengah taon nie . then ,mara buat surprise bila announce lagi orang orang yang kemudiannya terpilih .dan alhamdulillah sebab semua rakan rakan aku yang apply dapat . yang gurl la , boy aku tak tahu .

ceritanya bermula bila aku yang tengah online kat mukabuku ni .nadiah tanya aku dapat ke tak .then ,aku cek memang tak dapat . sebenarnya ,aku memang boleh rasa semua ni . selalunya kita mesti dapat rasa kan yang kita dapat ke tak kan . perasaan 'aku dapat' tue tak pernah ada dalam diri aku . i guess tuhan nak cuba gitau aku dah melalui semua tue .dan i am well prepared .thanks to Him .

so , takpe la . tengah hari tu ,aku sambung tido balek . hihi [jujur gila bab bab tido nie] .then , dapat msg dari  Nailah . member interview sama sama .dia anta msg tanya

'azwa ,dapat ke tak ?'

alhamdulillah ,dia pon dapat tym second announcement . ohh ,lupa nak cite , anak kawan mak aku pon dapat , tapi tym first announcement lagik . memang terer la budak tue .err , sambung balik cite aku .


jujurnya ,aku menghadapi kesukaran pada awalnya nak terima . Ya allah , manusia keliling aku semua dapat.
Tetiba rasa berat pulak nak terima semua ni . mula mula ,aku fikir kalo aku nangis ,aku boleh rasa lega . huhu .dan memandangkan aku nie ratu air mata ,mestilah dengan senangnya aku boley nangis .namun ,cubaan nak menangis tak berjaya  . aku tak mampu pun nak menangis . ahh ,rasa diri nie hina sangat mula mula sebab macam mana la azwa nie boleh pertikaikan rezeki allah . okay ,bila pikir semua ni ,aku mampu nangis . terasa lemahnya diri saat menerima dugaan sekecil ini . terasa kerdil nya iman yang ada kat hati aku ni . terasa jauhnya aku dari allah . *mata berkaca

alhamdulillah ,aku berjaya memotivasikan diri serta mempositifkan diri aku ni . haha . tapi part yang tak syok nye ,bila aku tak tunjuk emosi dalam kesedihan ,takde pulak orang nak pujuk aku .
well , bila orang pujuk rasa macam orang sayang aku sebenarnya .haha .

okay .sesi refleksi bermula .


benda pertama terlintas kat kepala hotak aku ni

1 ) takde sebab pon kenapa aku tak boleh tak dapat semua nie . *ayat nie bagi paham leklok ek .haha .
macam kita tahu , semua manusia diuji . dan kita diuji setiap masa . namun malangnya , kita dok rasa kita nie kena uji bila kita ditimpa musibah , didatangi kecelakaan dan sewaktu dengannya . tapi hakikatnya , nikmat dari allah itu juga satu ujian . untuk menguji tahap cintan kita terhadap allah . dan sememangnya , aku berasa semua tu sekarang ni ,aku berada dalam tempoh pengujian dari allah . rasa macam tengah amek test . ada orang dok perhatikan aku . aku nak lulus ke tak ujian ni ? mestila nak kan . so , apa yang perlu aku buat ?
Jawabla exam elok elok .hihi .

begitu juga dengan orang yang menerima nikmat tak kira lah sekecil zarah mahupun sebesar alam , apa yang perlu kita lakukan dengan nikmat tu ? bukan bersyukur saja ,tapi mestilah menggunakan nikmat itu sebaik baiknya . *nie dah macam syllibus agama form five . kesimpulannya ,janganlah kita kufur nikmat :)

2 ) the second thing , lets imagine it like this . kawan -kawan aku yang dah dapat khabar gembira tu ibarat dah memperoleh hadiah di atas segala usaha penat lelah mereka .abeh tue ,aku nie tak berusaha ke ? haha
.nope , jawapannya , hadiah aku tak sampai lagi . hihi . hadiah aku mungkin lebih kecil ataupun lebih besar dari mereka .u just have to keep ur faith in Him . ada hikmah nya . janganlah hanya kerana hikmah yang sukar dilihat nie kita terasa waswas atau ragu ragu . He will show something to us later :D

3 ) then , aku merasakan akulah manusia bertuah yang diberi ujian sebegini rupa .

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya .[ ayat 286 ]

maknanya , allah tahu aku mampu harungi semua ni . meskipun ujian ni kecil di mata sesetengah pihak tapi tak bagi aku . untuk berlawan dengan ego yang tinggi bukan senang .seringkali ,akal dan hati aku tidak mencapai kata sepakat .hati berajakan nafsu serta berpermaisurikan ego . akal pula terkapai - kapai mencapai kewarasan dalam berfikir .alhamdulillah aku masih waras dalam berfikir .hihi.

ayat peberet amir setiap kali aku suh bagik nasihat .
alaa ,surah al baqarah tue .

haha ,sebenarnya aku tak bape pasti ayat yang ang maksudkan wey . tapi ayat first yang terlintas kat kepala aku ni


Dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu .Dan ingatlah ,Allah jualah yang Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya . [ ayat 216 ]





Buat kawan -kawan yang mnjadi follower tegarku , ini mungkin boleh menjadi secebis nasihat mahupun kata -kata semangat buat anda . dalam setiap kemanisan ,ada pahitnya . pahitnya perjuangan itu dek kerana manisnya ganjaran . syurga yang kekal abadi .thanks kawan -kawan aku semua yang mana bagi kata - kata dorongan kat aku .ayat tipikalnya , blajar kat mana mana pon sama .ayat siti aishah.haha .ayat nak menyedapkan ati la tue .then specially dedicated to my akaks yg berkemungkinan baca entry nie , buat buat tak tahu dahlah ye . belanja aku makan pon okay gak . ma ngan abah , believe me . insyaallah , i will turn into someone better in the future .



4 comments:

  1. HWAITINGG azwa.....daebak >< jgn give up.....

    ReplyDelete
  2. hahaha....xtau bkan n hbaq..hadehh...tp bt0i la...mmg ayt tu p0nn....ayt plg efektif n mnyent0h...simple lak tuhh^^

    ReplyDelete
  3. nab : tq so much .hihi .*gaya cam owang putus asa gila -gila

    amir : aku tau laa ayat tue cuma tak konfem . dah ang slalu dok sebut ,xkan aku taktau lagik .thanks ya :D

    ReplyDelete